Skip to playerSkip to main content
  • 11 years ago
Kumpulan militan Somalia, Al-Shebab mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan berdarah yang mengakibatkan 36 orang pekerja kuari terkorban di timur laut Kenya.

Malah, menurut jurucakap Al-Shebab, Sheikh Ali Mohamud Rage, briged Saleh Nabhan di Koromei, pinggir bandar Mandera yang melakukan serangan itu berjanji akan melancarkan lebih banyak serangan ‘kejam’ pada masa depan.

Katanya, Al-Shebab akan melakukan apa sahaja bagi melindungi penduduk Islam daripada kekejaman penduduk Kenya.

Category

📺
TV
Comments

Recommended