Bapa kepada pengantin yang diserbu jabatan agama dalam perkahwinan Hindu baru-baru ini menegaskan anaknya seorang Islam.
Abdul Majeed Gulam Kade berkata, anaknya, termasuk Zarina Abdullah Majid, dilahirkan oleh pasangan beragama Islam -- iaitu beliau dan isterinya Vasantha yang memeluk Islam dan menukar nama sebagai Zainab.
Kenyataan bapanya itu bertentangan dengan dakwaan Zarina bahawa bapanya mendaftarkannya sebagai seorang Islam tanpa pengetahuan keluarga.