Skip to playerSkip to main content
  • 11 years ago
Kuda Kepang, sejenis tarian tradisional Melayu yang berasal dari budaya Jawa dengan pengaruh Islam yang kini mungkin menghadapi ancaman kepupusan.

Dalam tarian ini, ciri-ciri budaya Jawa jelas kelihatan pada pakaian penari-penarinya manakala unsur Islam pula dilihat pada jalan cerita semasa tarian dipersembahkan antaranya cerita yang mengisahkan tentang peperangan Rasulullah dan para sahabat.

Namun tidak diketahui sejak bila tarian ini dicampur-adukkan dengan jampi serapah sehinggakan tarian kegemaran rakyat Johor ini diharamkan oleh Majlis Fatwa Negeri.

Category

📺
TV

Recommended