Skip to playerSkip to main content
  • 11 years ago
Bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di mahkamah menyifatkan penahanannya oleh polis semasa pilihan raya kecil tahun lalu umpama aksi drama Tamil.

Hilman Idham - kini pembantu kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - berkata, ketika insiden di Hulu Selangor itu, kira-kira sepuluh individu yang tidak dikenalinya, tiba-tiba tampil mencekupnya sewaktu ingin beredar dari sebuah kedai makan.

Category

📺
TV

Recommended