• 9 years ago
Basikal oBike yang terkenal dengan bingkainya yang berwarna logam dan kuning, telah dibawa dari Singapura ke Lembah Klang.

Sejak ia dilancarkan pada April, 2017, perkhidmatan oBike mencecah 200,000 pengguna.

Persoalannya, sejauh mana praktikalnya oBike di sini? Apakah ia sekadar trend semasa atau ia benar-benar berguna dalam menyelesaikan masalah pengangkutan di Malaysia? The Malaysian Insight menelusuri jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur untuk mendaptkan jawapan.

Dari Masjid Negara, kami mengayuh melalui Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan seterusnya ke Pasar Seni.

Secara keseluruhannya, perkhidmataan oBike ternyata berguna bagi perjalanan jarak dekat dan semas di luar waktu puncak di Kuala Lumpur. Ia mudah diakses kerana ia boleg didapati di mana-mana saja di sekitar Kuala Lumpur, malah diselenggara dengan baik.

oBike bagus bagi perjalanan pertama dan terakhir anda. Tetapi untuk lebih dari itu, The Malaysian Insight mencadangkan anda memandu sahaja.

Website: https://www.themalaysianinsight.com
Facebook: https://www.facebook.com/themalaysianinsight
Twitter: https://www.twitter.com/msianinsight/
Instagram: https://www.instagram.com/msianinsight/

Recommended