Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Bagi memperkuatkan cabang perniagaan dalam carigali dan pengeluaran minyak, Johor Corporation (JCORP) memperuntukkan kira-kira 475 juta ringgit perbelanjaan modal menerusi anak syarikat, Kulim Malaysia Bhd.
Presiden dan Ketua Eksekutif JCORP, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata ia selaras dengan usaha konglomerat negeri Johor itu untuk menjadikan sektor berkenaan antara penyumbang utama dalam kumpulan.