FIT AWANI meneruskan kesinambungannya sebagai program meluaskan rangkaian persahabatan antara media dengan agensi dan komuniti menerusi sukan. Kali ini, kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula memanfaatkan hujung minggu dengan berfutsal dan bermain bola jaring bersama warga kerja Astro AWANI.