Najib Razak hari ini mendedahkan wajah pencipta lagu yang menggunakan slogan 'Malu Apa Bossku' dalam liriknya, yang dimuat naik di laman Youtube sejak 19 Julai lalu.
Dalam satu klip video yang dikongsi Najib di Facebooknya, pencipta lagu dikenali sebagai Nurfazz yang turut bertindak sebagai penulis lirik dan penyanyi itu dilihat mendedangkan petikan lagu tersebut.
“Malu Apa Bossku, kita naik suku, kita lawan fitnah tiga suku.
"Malu Apa Bossku, ramai yang tertipu, akhirnya kini mulai menyatu.
"Malu Apa Bossku, Kita lawan kita radu,” nyanyi Nurfazz dalam rakaman berdurasi 28 saat itu.
Najib tidak melepaskan peluang memuji penyanyi itu sebagai “bermuka comel” dan “bersuara merdu