Skip to playerSkip to main content
  • 5 years ago
Bantuan kepada “tauke besar” atau majikan dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah diperlukan kerana mereka juga terkesan dengan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata ia bagi membantu majikan supaya tidak membuang pekerja semasa Covid-19.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang mempersoalkan penggunaan duit kerajaan dalam membantu tauke besar industri ekonomi gig.

Category

🗞
News
Comments

Recommended