Tiga Ahli Parlimen PKR menerusi kaukus reformasi ekonomi, sosial dan kebajikan iaitu Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Meminta kerajaan memberi tumpuan kepada kesiap-siagaan dasar yang konkrit dan terperinci mengenai isu-isu semasa.
Ia melibatkan peluang pekerjaan yang menepati keperluan masa depan, perjanjian baharu yang hijau dan peluasan jaringan keselamatan sosial.
Menurut ketiga-tiga Ahli Parlimen itu, Belanjawan 2021 gagal menyediakan jaring keselamatan sosial yang mencukupi untuk pekerja di negara ini.
Kaukus itu juga menyatakan terdapat kekurangan fokus kepada penjanaan peluang pekerjaan yang kalis masa depan, termasuk kalis pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi berikutnya.