Status pemain import antara agenda utama mesyuarat jawatankuasa pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia, hari ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Anil Jeet Singh memaklumkan pihaknya sedang mempertimbangkan pelan menganjurkan Liga Hoki Malaysia dengan hanya membabitkan pemain tempatan.