00:00Jemaah Menteri merakamkan ucapan takziah kepada kesemua mangsa naas jalan raya yang melibatkan anggota Federal Reserve Unit FRU semalam
00:15dan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini, Menteri Pengangkutan telah memaklumkan bahawa satu jawatan kuasa khas akan ditubuhkan
00:25untuk meneliti aspek-aspek yang bukan bersifat jenayah di mana dari segi kenderaan di bawah bidang kebencian pengangkutan
00:38itu akan diteliti dan disiasat. Manakala siasatan oleh pihak PDRM diteruskan. Jadi akan ada dua set siasatan untuk makluman semua.
00:49Dan Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa laporan dari Menteri Pengangkutan, dari Kementerian Pengangkutan perlu disiapkan dalam tempoh satu bulan
01:00dan dibentangkan semula ke Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dibuat.
01:05Dato, saya Sofia dari RTM. Dato, saya nak tanya, kerajaan ada membincangkan tak untuk memberikan sumbangan ataupun insentif kepada keluarga naas tragedi FRU semalam?
01:14Seperti yang Timbalan Ketua Polis Negara telah umumkan, ada di kalangan kesemua anggota yang dimaksudkan ada menerima insurans berkelompok.
01:30Jadi ada di kalangan mereka yang waris akan menerima dalam masa terdekat jika bukan hari ini jumlah tersebut.
01:41Dan ada juga sumbangan yang diberikan malah petang ini juga yang berhormat menteri dalam negeri akan melawat lima keluarga yang berada di Perak.
01:51Dan beliau akan memberi sumbangan sebanyak RM2,000 bantuan kecemasan segera kepada keluarga-keluarga tersebut.
01:59Boleh rujuk dengan menteri dalam negeri, sekarang beliau ada di sekitar Teluk Intan, sekitar Ipoh.