00:00Demi melindungi spesies penguin Afrika yang kian terancam, Afrika Selatan memutuskan untuk mewujudkan zon larangan menangkap ikan di enam tapak pembiakan utama haiwan itu.
00:13Menurut laporan media terbangsa, perjanjian tersebut akan berkuat kuasa selama 10 tahun.
00:20Inisiatif persejarah ini sejajar dengan sambutan Hari Lautan Sedunia yang diraihkan pada 8 Jun setiap tahun.
00:26Populasi penguin Afrika terus merosot akibat penangkapan berlebihan terhadap sumber makanan utama mereka iaitu sadin dan bilis di samping aktiviti manusia seperti peningkatan trafik maritim dan pembangunan pelabuhan.
00:56Kajian menunjukkan bahawa populasi penguin Afrika menurun pada kadar 8% setiap tahun.
01:24Terdapat kebimbangan bahawa menjelang tahun 2035, penguin Afrika akan pupus di habitat liar.
01:32Oleh itu, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemeliharaan Alam Semula Jadi telah menyedaraikan spesies ini sebagai amat terancam.
01:39Pantai Boulder, sebuah tapak pemeliharaan penguin Afrika di Cape Town, menjadi rumah kepada lebih seribu ekor penguin.
01:46Walaupun ia merupakan tarikan pelancong yang popular, ramai pengunjung tidak menyedari ancaman kepupusan yang sedang dihadapi oleh haiwan ini.