Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Beliau berharap tiada kekeliruan timbul dalam kalangan rakyat berhubung perundangan yang dimaksudkan dalam isu penggunaan tong LPG.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Isu berhubung penggunaan tonggas petrolium secaya LPG bersubsidi adalah melibatkan peraturan-peraturan Kawalan Bekalan PPKB Pindaan 2021 dan bukannya Akta Kawalan Bekalan Pindaan 2022, Akta A1652, seperti yang difahami sesetengah pihak.
00:20Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kuas Sarihidup, Datuk Armiza Mama Ali berkata pada sidang media yang diadakan Khamis lepas perkenaan isu LPG, beliau merujuk kepada Akta PPKB Pindaan 2021 yang telah digubal kementerian itu pada 2021 dan berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2021 serta diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.
00:46Sehubungan itu beliau berharap tiada kekeliruan timbul dalam kalangan rakyat berhubung perundangan yang dimaksudkan dalam isu penggunaan tong LPG.
00:57Pada sidang media itu, Armiza memaklumkan peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan serta minuman dimenarkan terus menggunakan tong LPG bersubsidi tanpa perlu memiliki permit khas hingga pindaan baru PPKB 2021, dimuktamadkan Oktober ini.
01:15Dalam tempoh peralihan itu, katanya tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap golongan peniaga berkenaan.
01:22Justru Armiza merayu semua pihak termasuk para pemimpin tidak mengelirukan rakyat dengan rujukan kepada undang-undang yang beliau tidak sebutkan.
01:32Terdahulu terdapat pihak mendakwa semua kedai makan dikendaki menggunakan LPG untuk kegunaan komersial iaitu silinder gas berwarna ungu 14 kg berharga RM70 satu tong berbanding silinder gas berwarna hijau untuk kegunaan domestik RM26 satu tong.
01:51Terima kasih telah menonton!

Recommended