00:00Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan desas-desus beliau akan bertanding dalam mana-mana pelarai kecil baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.
00:08Dan dalam satu kenyataan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu memaklumkan tiada sebarang perbincangan dibuat mengenai perkara itu malah tidak bersetuju dengan konsep pencetusan PRK tanpa keperluan yang mendesak.
00:23Dan jelas Tengku Zafrul, beliau akan terus melaksanakan tugas sebagai seorang ahli Dewan Negara sehingga tamat tempoh perkhidmatan bulan Disember 2025 dan menyerahkan sepenuhnya kedudukannya sebagai Menteri kepada Budi Bicara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:38Dalam masa yang sama, Tengku Zafrul juga menegaskan sekali lagi bahawa keputusannya untuk berundur daripada UMNO adalah pilihan berbadi dan bukan atas sebarang paksaan.
00:47Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden UMNO seluruh akar umbi terutama UMNO bahagian Kota Raja dan rakan parti yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh beliau bersama UMNO.