Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Serangan udara dan darat Israel di Gaza ragut sekurang-kurangnya 82 nyawa termasuk mereka yang sedang menunggu bantuan makanan, mencetuskan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 82 rakyat Palestine terbunuh dalam siri serangan udara dan darat oleh tentera Israel di semenanjung Gaza, termasuk puluhan yang sedang menunggu bantuan makanan di kawasan koridor kemanusiaan.
00:12Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 16 orang maut ketika beratur untuk menerima bantuan berhampiran koridor Nazarene, manakala 13 lagi terbunuh dalam serangan drone ke atas kemah.
00:22Sementara di kamp larian Al-Shati, tempat mereka sedang mengecas peranti elektrik.
00:27Serangan turut dilaporkan di kawasan Jabalia dan Gaza City menyebabkan angka korban meningkat secara mendadak.
00:34Middle East Eye melaporkan dua serangan besar berlaku di pusat pengagihan bantuan di Rafah dan Han Yunis menyebabkan lebih 80 orang maut dan ratusan lagi cedera.
00:43Penduduk tempatan menggambarkan suasana huru-hara dengan mayat dan anggota badan berselerakan di jalanan.
00:48Situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing selepas lebih tiga bulan sekatan penuh oleh Israel menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
00:57Agensi Bantuan PBB menyatakan bahawa semua koridor kemanusiaan kini menjadi medan pembunuhan.
01:03Tentera Israel mendakwa mereka melepaskan tembakan amaran terhadap suspek yang mendekati pasukan mereka, namun tidak memberikan bukti kukuh berhubung ancaman tersebut.
01:11Terima kasih.
01:12Terima kasih.
01:13Terima kasih.
Comments

Recommended