00:00Polis menahan seorang lelaki yang melarikan sebuah kereta bersama seorang kanak-kanak orang kurang upaya berusia 12 tahun di penaga di Kepala Batas Pulau Pinang, petang Jumaat.
00:10Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Peraih Utara, ACP Anwar Abdul Rahman, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika ibu kanak-kanak perempuan berkenaan ke bengkel milik suaminya untuk menghantar minyak hitam dan telah meninggalkan anaknya di dalam kereta dalam keadaan enjin masa hidup.
00:25Jelasnya, sebaik kembali ke keretanya, wanita berusia 40-an itu mendapati kenderaan itu telah tiada.
00:31Wanita berkenaan kemudian memeriksa aplikasi penjejak lokasi Life 360 untuk mengesan kerudukan telefon bimbitnya yang ada bersama anaknya itu dan mendapati lokasinya di kawasan Bagan Lalang, Batuworth.
00:43Beliau berkata hasil maklumat itu polis berjaya menahan seorang lelaki dan menemukan semula mangsa serta kenderaan itu.
00:48Anwar berkata semakkan mendapati lelaki berusia 60-an itu mempunyai 7 rekod lampau berkaitan jenayah dan 11 kes dadah.
00:57Kanak-kanak perempuan itu berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
01:00Dia dihantar ke hospital kepala batas untuk pemeriksaan.
01:04Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 363 Kanun Kesiksaan,
01:09manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Haslinda Rahmat atau balai polis berhampiran bagi mempunyai.
Comments