Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Polis menahan 46 warga asing susulan kekecohan di pekarangan sebuah hotel yang dijadikan penginapan pekerja di Bukit Mertajam.
Transcript
00:00Polis menahan 46 lelaki warga asing susulan kekecohan di perkarangan sebuah hotel yang dijadikan penginapan pekerja di Bukit Mertajam pada Jumaat.
00:11Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmy Aris berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 10.42 malam memaklumkan terdapat sekumpulan pekerja warga negara asing berkumpul di perkarangan bangunan itu.
00:26Menurut Helmy, siasatan awal mendapati bangunan itu dijadikan hostel pekerja oleh sebuah syarikat di kawasan perindustrian Bukit Minyak dan menetapkan peraturan pekerja tidak dibenarkan menghisap rokok atau mengambil minuman keras semasa tinggal di kawasan premis itu.
00:44Kejadian berpunca selepas beberapa pekerja tidak berpuas hati dengan Warden Hostel yang juga seorang lelaki warga asing kerana mengutip denda daripada pekerja melanggar peraturan tanpa pengetahuan pihak syarikat.
00:57Helmy berkata tindakan itu menyebabkan beberapa pekerja berkumpul dan merosakkan van syarikat di hadapan bangunan berkenaan.
01:03Kesemua lelaki berkenaan di reman hingga selasa ini untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Kesiksaan kerana berusuh dengan senjata atau objek berbahaya.
01:14Kejadian kekecohan itu tular menerusi media sosial hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam namun pihak polis dilihat berada di lokasi bagi menenangkan keadaan.
01:24Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended