Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kedutaan Malaysia di Iran diarah ditutup sementara susulan ketegangan yang semakin memuncak antara Iran dan Israel. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengarahkan semua warga kedutaan serta rakyat Malaysia di negara itu untuk segera pulang ke tanah air

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian luar mengarahkan penutupan sementara kedutaan Malaysia di Iran sesulan konflik yang semakin meruncing di antara negara itu dan Israel.
00:08Menterinya Datuk Seri Muhammad Hassan memaklumkan semua warga kedutaan termasuk duta telah dipanggil pulang dengan segera.
00:15Namun jelasnya masih ada rakyat Malaysia yang memilih untuk kekal di Iran.
00:19Antara yang masih berada di Iran termasuk tiga orang pelajar di KOM dan seorang lagi di Isfahan yang berada jauh dari Tehran.
00:30Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang terkandas di Iran dijangka dibawa keluar menerusi laluan darat ke Tugmanistan dengan perjalanan sepanjang 13 jam sebelum penerbangan balik ke tanah air.
00:41Jumlah rakyat Malaysia di Iran yang terlibat termasuk beberapa pelajar, pekerja dan pelancong namun jumlahnya dilaporkan tidak ramai.
00:50Langkah ini seiring dengan tindakan beberapa negara lain yang turut menutup operasi kedutaan mereka di Iran berikutan serangan udara bertalu-talu dilancarkan Israel awal pagi Sabtu.
01:01Serangan itu menyasalkan kemudahan nuklear, bangkalan peluru berpandu dan pusat kawalan tentera di Iran yang dianggap sebagai serangan pembukaan oleh Israel.
01:09Sesulan itu, Komando Cyber Iran melaporkan beberapa cubaan serangan cyber Israel ke atas infrastruktur penting negara berjaya digagalkan.
Comments

Recommended