Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Malaysia berjaya dipilih sebagai anggota Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi penggal 2025 hingga 2028.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia berjaya dipilih sebagai anggota Suruhanjaya tetap bebas hak asasi manusia IPHRC di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam OIC bagi Penggal 2025 hingga 2028.
00:21Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata pemilihan itu berlangsung pada 21 Jun 2025 sempena mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC ke-51 di Istanbul, Turki.
00:38Menurut kenyataan itu lagi, usaha melobi Malaysia telah diketuai oleh Menteri Luar Negeri Datuk Sri Muhammad Hassan.
00:45Wisma Putra berkata calon Malaysia Prof. Emeritus Datuk Dr. Aisyah Bidin akan mula berkhidmat dalam Suruhanjaya tersebut bermula Ogos 2025.
00:55Aisyah mempunyai pengalaman luas dalam bidang hak asasi dan kemanusiaan.
00:59Beliau pernah berkhidmat sebagai pesuruh jaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam.
01:04Selain itu, beliau pernah mewakili negara dalam Suruhanjaya antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia AICHR dan sering dijemput ke Forum Anjuran Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Organisasi Antarabangsa Lain.
01:17Keanggotaan Malaysia dalam IPHRC dijangka menyumbang kepada pembangunan sosial ekonomi negara anggota OIC demi kesejahteraan umat Islam sejagat.
01:27Untuk rekod IPHRC ditubuhkan pada 30 Jun 2011 dan dianggotai oleh 18 ahli Suruhanjaya.
01:34Ia berperanan sebagai badan pakar yang memberi nasihat kepada OIC dalam isu hak asasi manusia secara bebas.

Recommended