Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kawasan Ambalat dipercayai kaya dengan sumber minyak serta gas, kedua-dua Indonesia dan Malaysia menuntut wilayah itu sebagai sebahagian zon ekonomi eksklusif (ZEE).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pengurusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut penjelasan telus daripada Perdana Menteri Dato' Surano Ibrahim mengenai status rundingan isu ambalat.
00:09Muhyiddin mendakwa tiada penjelasan terperinci yang dikeluarkan kerajaan mengenai isu ambalat sejak kali terakhir beliau membangkitkannya di Parlimen pada 13 Jun tahun lalu.
00:20Beliau mengimbas pada 27 Jun 2025, Malaysia dan Indonesia bersetuju melaksanakan perjanjian pembangunan bersama di blok ambalat.
00:32Namun tiada penjelasan lanjut dikongsikan kerajaan mengenai perjanjian itu seperti keperincian terma dipersetujui.
00:39Soalnya, adakah perjanjian terbabit menjejaskan kedudukan Malaysia dalam pertuntutan kedaulatan ke atas ambalat dan sekiranya ada tanah wilayah itu dikorbankan?
00:49Tegas Muhyiddin, sebarang bentuk perjanjian pembangunan bersama di wilayah ambalat harus berpaksikan prinsip undang-undang antarabangsa,
00:58khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut, ia tidak boleh dianggap penyerahan hak kedaulatan.
01:07Untuk rekod, isu ambalat merujuk kepada pertikaian wilayah maritim antara Malaysia dan Indonesia melibatkan kawasan perairan berdekatan Timur Sabah dan Kalimantan Timur.
01:17Kawasan itu dipercayai kaya dengan sumber minyak serta gas, kedua-dua Indonesia dan Malaysia menuntut ambalat sebagai sebahagian zon ekonomi eksklusif ZEE.
01:28Demikian itu, Muhyiddin menekankan kepentingan untuk perjanjian ambalat mendapat mandat parlimen serta perlibatan negeri Sabah dalam undingan.
01:37Tambahnya, sebarang kerjasama melibatkan wilayah pertikaian mesti ditangguhkan sehingga sepadan diputuskan secara sah oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ atau mana-mana saluran undang-undang yang diiktiraf.
01:53Perdana Menteri dijangka berangkat ke Jakarta pada 29 Julai ini untuk rendingan tahunan Malaysia dan Indonesia.
01:58antara perkara bakal dibincangkan adalah isu ambalat.

Recommended