Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Persatuan GAMIS menuntut kerajaan mempertimbangkan agar menghapus SST dan tarif elektrik baharu yang memberi kesan dan bebabanan kepada golongan itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Gabungan mahasiswa Islam Semalaysia Gamis menggesa kerajaan mengkaji semula peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan SST dan tarif elektrik baharu yang dilaksana kerajaan.
00:12Presidennya Muhammad Azamuddin Sahar berkata, pertimbangan memberi kesan positif bukan sahaja kepada rakyat, malah golongan mahasiswa khususnya.
00:20Pelaksanaan yang diputuskan kerajaan itu diakui memberi tamparan hebat kepada mahasiswa yang terpaksa bergelut dengan tekanan ekonomi dan peningkatan kos sarih hidup yang tinggi.
00:32Oleh itulah, jaga kebajikan rakyat itu adalah satu kepentingan, maka jangan hanya sekadar memberikan satu keputusan yang tergesa-gesa sehingga membebankan rakyat secara meluruhnya.
00:48Beliau berkata demikian selepas penyerahan memorandum isu kos sarih hidup, tuntutan dan desakan mahasiswa di Kementerian Kewangan pada Rabu.
00:57Azamuddin berkata ramai mahasiswa terpaksa ikat perut dan ada yang perlu melakukan kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan sehingga memberi kesan dalam pengajian mereka.
01:08Kenaikan kadar tarif elektrik dan pelaksanaan peluasan skop SST mula berkuatkuasa 1 Julai.
01:14Daripada 8,094 barangan yang sebelum ini dikecualikan SST, kini hanya 1,813 barangan yang terkecuali sekaligus menyaksikan lebih 90% barangan dikenakan cukai tersebut.

Recommended