Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Polis giat mengesan suspek yang melepaskan tembakan di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior di Butterworth, Pulau Pinang, pada Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis giat mengesan suspek yang melepaskan tembakan di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai New Butterworth pada Selasa.
00:06Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Muhammad Alwi Abdullah berkata hasil siasatan mendapati,
00:12suspek adalah dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
00:18Katanya dalam kejadian pada pukul 5.40 petang itu,
00:21suspek melepaskan lima das tembakan ke arah kenderaan pacuan empat roda mangsa yang ketika itu sedang menunggu anaknya di hadapan sekolah.
00:28mangsa yang berusia empat puluhan itu bagaimanapun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
00:35Muhammad Alwi berkata polis kini sedang berusaha mengesan dua suspek terlibat selain menyiasat motif kejadian.
00:41Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian tersebut
00:45yang boleh menjejaskan siasatan dan mengugat ketentraman awam.
00:49Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes
00:55Asisten Superintenden Shuheri Abdul Rani di talian 04-576-2222 sambungan 2275
01:03atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.
01:07Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat,
01:101971 dan Seksyen 307 Kanun Kesiksaan kerana cubaan membunuh.

Recommended