00:00Pihak berkuasa Bulgaria merampas 206 kilogram kokain di dalam sebuah kenderaan yang membawa seorang diplomat dari Republik Demokratik Kongo di sebuah lokasi di negara itu yang bersempadan dengan Turki.
00:14Menurut kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri Bulgaria, nilai rampasan tersebut dianggap mencecah hampir 22 juta dolar Amerika, sekaligus menjadikannya rampasan terbesar pernah direkakan di sempadan darat Bulgaria.
00:25Darat berkenaan ditemui di dalam sebuah kenderaan jenis Land Rover yang menggunakan nombor plat diplomatik dipandu oleh seorang warga negara Bulgaria.
00:34Semasa kejadian ia turut membawa seorang warga negara Belgium serta seorang warga negara Republik Demokratik Kongo yang mempunyai status diplomatik.
00:42Memutik sumber pendakwa raya, status diplomatik lelaki warga negara Republik Kongo itu adalah untuk Belgium, di mana beliau tidak semestinya mempunyai kekebalan diplomatik di Bulgaria.
00:52Kenderaan tersebut sedang dalam perjalanan dari Belgium ke Turki melalui Bulgaria ketika ditahan oleh pihak berkuasa sempadan.
00:59Pemandu dan kesemua penumpang telah ditahan dan siasatan telah dimulakan oleh pihak berkuasa sempadan.
01:04Terima kasih.