00:00Seorang wanita bukan warga negara berusia 24 tahun ditahan polis selepas memandu kereta secara cuai sehingga berlanggar tiga buah motosikal sebelum menyerang orang awam dengan pisau di Bandar Kajang pada Rabu.
00:14Ketua Polis Daerah Kajang Nazrun Abdul Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 11.58 pagi berhampiran sebuah pusat beli-belah di kawasan persimpangan lampu isyarat.
00:26Katanya polis kemudian menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai insiden tersebut.
00:33Menurut Nazrun selepas melanggar tiga motosikal, suspek keluar dari kenderaan dan menyerang orang awam berdekatan dengan sebilah pisau.
00:42Hasil bantuan orang awam, suspek berjaya ditahan bersama dua bilah pisau sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
00:50Kejadian itu menyebabkan enam mangsa tempatan berusia antara 21 hingga 60 tahun cedera.
00:57Suspek kini ditahan dan akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada Khamis.
01:03Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 279 Kanun Kesiksaan.
Comments