• 1 year ago
Anas al-Sharif kehilangan nyawa pada 10 Ogos lalu dalam serangan udara Israel menyasarkan khemah media berhampiran Hospital Al Shifa di Gaza.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Walau beribu batu jauh, kehilangan wartawan Al-Jazira, Anas Al-Sharif, turut dirasai di Malaysia.
00:09Beliau yang sebelum ini lantang memperjuangkan nasib penduduk Gaza, kehilangan nyawa pada 10 Ogos lalu dalam serangan udara Israel,
00:16menyasarkan kemah media berhampiran Hospital Al-Shifa.
00:20Satu program dianjurkan di dataran Merdeka pada Sabtu bertujuan mengenang semua pengamal media Palestine yang syahid.
00:27Untuk laporan lanjut, kita bersama dengan wartawan Israwani, Ashraf Malik yang berada di lokasi. Silakan Ashraf.
00:35Baik, terima kasih rakan setugas di studio. Saya kini di dataran Merdeka sempena malam himpunan
00:41memperingati pemergian wartawan Anas Al-Sharif dan pengamal media Palestine lain
00:46yang terkorban ketika melaporkan jenayah kemanusiaan oleh rejim Zionis di Gaza.
00:51Sedikit gambaran keadaan di sini, program bermula sekitar pukul 8 malam tadi dan dijangka berakhir pada pukul 9 malam
00:59dianggarkan hampir 100 perserta hadil untuk program ini
01:04antara acara tumpuan adalah penyalaan lilin serta bacaan doa sebagai simbolik
01:10memperingati wartawan Anas Al-Sharif yang diragut nyawa akibat kekejaman Israel.
01:15Orang ramai juga seperti kita dapat lihat di belakang ini mengenakan pakaian seleba hitam
01:20sebagai tanda berkabung serta membawa sepanduk memaparkan foto wartawan Palestine
01:25yang terkorban di tangan rejim Zionis.
01:29Bagi mendapatkan keperincian dan intipati lebih lanjut tentang program ini
01:33saya bersama dengan ahli jawatan kuasa gegar Kamal Arif Kamaruddin.
01:38Jadi baik Tuan, apakah key take away atau rumusan penting daripada program malam ini
01:44seperti dunia sedia maklum, Israel tergamak melakukan apa sahaja untuk menutup jenayah perang mereka
01:49jadi termasuk juga membunuh wartawan.
01:52Jadi bagaimana ulasan Tuan berkenaan isu ini?
01:56Jadi kami di sini berkumpul untuk menunjukkan solidariti dan mengenanglah jasa wartawan seperti Anas Al-Sharif
02:03dan semua wartawan yang bukan sahaja di Palestine tapi juga di Lubnan, di Yemen
02:08yang telah dibunuh akibat kekejaman Israel dan juga penyokongnya termasuk imperialis Amerika dan Barat.
02:15Jadi kami di sini ingin menunjukkan kepada kerajaan dan masyarakat ke dunia
02:22bahawa mereka tidak dapat mendiamkan suara kita
02:27bahawa walaupun uzaha Israel untuk mendiamkan kebebasan bersuara dengan membunuh wartawan
02:34tapi mereka tidak boleh mendiamkan kita dan kita akan terus membantah kekejaman mereka
02:40sama ada di Malaysia tapi juga di tempat lain
02:43ada acara peringatan juga di Kamboja, di Thailand
02:48jadi kita semua bersatu padu untuk menunjukkan kesatuan kita
02:54dan solidariti kita dengan rakyat balasin
02:57Ok baik, jadi selain daripada nyalaan lilin untuk malam ini
03:01dia fahamkan ada juga beberapa acara lain
03:03contoh yang macam tadi disebutkan tentang solat jenazah gaib
03:06jadi mungkin berceritakan apa perjalanan program malam ini?
03:10Jadi perjalanan program hari ini kita sedang membaca wasiat terakhirlah
03:14Anas Al-Sharif yang baru-baru ini kena bunuh dan mati syahid
03:18dengan dia punya koleg juga
03:21dan kami sedang membacalah wasiat terakhirnya
03:24dan juga kami bekerjasama dengan kumpulan lain di Asatenggara
03:30untuk membacalah wasiat terakhirnya
03:33dan lepas ini kita akan ada moment of silence
03:37di mana peserta di sini boleh membaca doa
03:42buat solat jenazah gaib
03:46dan juga dalam kesenyapan itu memberi ruang kepada ahli masyarakat publik
03:53untuk just proses dan mengenang semua gambar watawan yang kita dah letak di sini
04:00untuk mengingati bahawa benda ini masih berlaku
04:04dan kita tak boleh menormalisasi pembunuhan ramai-ramai macam ini
04:08jadi kita mahu memberikan peringatan balik kepada masyarakat awam
04:12bahawa ada suara, ada individu
04:15di sebalik semua yang telah maut dan dibunuh di Palestine kan
04:19untuk menunjukkan bahawa mereka bukan angka sahaja
04:22tapi mereka juga ada suara, ada story mereka sendiri
04:27jadi sebelum kita sebut tentang wasiat terakhir Anas Al-Sharif kan
04:31jadi dikatakan ditontonkan kepada umum wasiat ini
04:35beliau dilihat tidak gentar dengan kematian
04:37malah menyeru suara rakyat Palestine untuk terus terberikan sorotan
04:40jadi apa harapan Tuan untuk masyarakat dunia
04:43khususnya agensi media atau bangsa yang lain
04:46adakah sudah tiba masanya untuk mereka juga membuka mata
04:48jadi sebelum saya tujukan mesej kita kepada media antarabangsa
04:52mungkin saya boleh mulakan dengan berkata bahawa
04:55genocide yang berlaku di Palestine sekarang
04:58sudah terlalu lama
04:59sudah dua tahun kita protes setiap hari
05:03bersuara setiap hari tapi masih tiada berubahan
05:06jadi kita sepatutnya
05:08terutamanya kepada imperialis barat seperti Amerika, UK
05:13yang masih memberi senjata kepada Israel
05:15kita sudah, mesej kita adalah
05:18kita harus berhentikan impunity yang telah diberi kepada Israel
05:23kerana mereka telah diberikan izin
05:26untuk membunuh rakyat Palestine
05:29dan juga rakyat Lubnan, Yemen dan seluruh Tunggu Tengah
05:32tanpa apa-apa konsekuens atau punishment terhadap mereka
05:36jadi kita harus menunjukkan
05:38terutamanya kepada kuasa-kuasa besar ini
05:41bahawa impunity ini sudah, it should stop now
05:45dan mungkin kepada media antarabangsa
05:49especially, contohnya BBC
05:51yang masih lagi mendiamkan mata
05:54dan masih lagi membawa naratif penjajah
05:59dalam mendiamkan perjuangan suara Palestine
06:04kita menyuruh pada mereka untuk menghentikan
06:08menapiskan realiti yang sedang berlaku di Gaza
06:12dan berhenti mempertahankan kekejaman
06:17bukan sahaja Israel tapi juga Amerika dan kuasa lain
06:19itu mesej kami
06:21baik, semuanya kepada Tuan Arif
06:23ahli jawatan kuasa gegar
06:25jadi mesejnya cukup jelas di sini
06:27iaitu untuk kelakuan jelek Israel
06:31harus dihentikan serta-merta
06:32dan terus dibongkar
06:34sehingga kemenangan akhirnya milik rakyat Palestine
06:36jadi itu sahaja
06:38perkongsian yang saya dapat bawa daripada sini
06:40kembali kepada rakan setugas di studio
06:43terima kasih kerana menonton!

Recommended