00:00Banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat mengorbankan lebih 300 nyawa di Pakistan setakat Sabtu.
00:09Kebanyakan mangsa yang maut adalah dari wilayah barat Laut Kabir Pakhtun Kuah.
00:15Dengan kematian turut dilaporkan di wilayah Gilgit, Baltistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan, juga dikenali sebagai Azad Jamu dan Kashmir.
00:23Sekolah-sekolah di Azad Jamu dan Kashmir ditutup pada Sabtu berikutan risiko yang berterusan ketika hujan lebat terus melanda wilayah itu.
00:34Sementara puluhan rumah rosak di kawasan terjejas manakala komunikasi di beberapa lokasi terputus akibat kerosakan menara telekomunikasi.
00:43Jurucakap Pasukan Penyelamat Wilayah Bilal Ahmad Faizi sebelum ini berkata hujan lebat dan hujan badai telah menyebabkan banjir besar di Kabir Pakhtun Kuah.
00:53Pasukan Penyelamat memaklumkan hujan lebat dan hujan badai pada pagi Jumaat turut menyebabkan banjir besar di kawasan Salarzai, daerah Bajaur yang mengakibatkan beberapa rumah dihanyutkan.
01:05Susulan itu pihak berkuasa tempatan memindahkan ramai penduduk ke kawasan lebih selamat.
01:09Pihak berkuasa pengurusan bencana negara memberi amaran mengenai satu lagi fasa hujan monsoon bermula Jumaat hingga 10 September.
01:18Pihak berkuasa turut memberi amaran kenaikan suhu mempercepatkan pencairan salji dan glasia di kawasan tanah tinggi sekaligus meningkatkan aliran air sungai.
01:28Pihak berkuasa turut memberi amaran kenaikan suhu mempercepatkan pencairan salji.
01:30Pihak berkuasa turut memberi amaran kenaikan suhu mempercepatkan pencairan salji.