00:00Seorang pemandu lori maut manakala pembantu bengkel cedera ringan
00:13selepas sebuah lori tangki meletup ketika kerja kimpalan di sebuah bengkel di rantau negeri sembilan.
00:20Sepasukan pegawai daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman
00:24akan ke Sabah untuk merakam keterangan 3 pegawai kanan polis
00:27yang terlibat dalam siasatan awal kes kematian pelajar tingkatan 1 Zahra Khairina Mahadir.
00:33Kementerian Pendidikan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta
00:36bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup CCTV di sekolah berasrama terpilih.
00:43Datuk Seri Rafi Ziramdi menafikan dakwaan beliau membuli Menteri Pendidikan Fadina Siddiq mengenai isu buli.
00:50Tabung Haji menemplak kenyataan yang mendakwa organisasi itu mengeluarkan perbelanjaan RM20 juta
00:56bagi proses penjenamaan semula.
01:00Legenda badminton negara Datuk Seri Lee Chong Wei
01:02dilantik sebagai salah seorang ahli majlis baharu Persatuan Badminton Malaysia.
01:08Sekurang-kurangnya 18 maut dan 23 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam sungai di Algiers pada Jumaat.
01:14Satu letupan di sebuah kilang di wilayah Ryazan, Rusia pada Jumaat telah meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa dan mencederakan 130 orang.
01:25Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak lagi mendesak pelaksanaan segera gencatan senjata dalam perang Ukraine,
01:31susulan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Alaska.
01:34Status penduduk tetap PR Hartawan Malaysia Ong Beng Seng di Singapura akan dikaji semula susulan sabitan dan hukuman terhadapnya
01:43kerana bersubahat menghalang keadilan dalam kes yang dikaitkan dengan bekas Menteri Pengangkutan S. Iswaran.
01:49Terima kasih telah menonton!