00:01Dalam perkembangan berasingan, pertabiran Presiden Donald Trump mengenakan sekatan terhadap dua hakim dan dua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC pada Rabu.
00:10Ini sekaligus meningkatkan tekanan ke atas tribunal perang itu susulan siasatannya terhadap pemimpin Israel serta keputusan terdahulu yang melibatkan pegawai Amerika Syarikat.
00:20Setiausaha negara, Marco Rubio menyifatkan ICC sebagai ancaman keselamatan negara yang menjadi alat undang-undang perang terhadap Amerika Syarikat dan Israel.
00:32Washington menyedaraikan Nicholas Yan Gilu dari Perancis, Nazhat Shamim Han dari Fiji, Mam Mandiay Niang dari Senegal dan Kimberly Prost dari Kanada dalam senarai sekatan.
00:42Menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Negara Amerika, kesemua mereka terlibat dalam kes yang berkaitan Israel dan Amerika Syarikat.
00:51Langkah itu bagaimanapun dikecam Perancis dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB.
00:57Kementerian Luar Perancis menggesa Washington menarik balik sekatan berkenaan.
01:02Manakala judul cakap PBB, Stephen Dujarwich menyifatkannya sebagai serangan terang-terangan terhadap kebebasan sebuah institusi kehakiman yang bebas.
01:09Sekatan kali ini adalah pusingan kedua selepas pentadbiran Trump pada awal tahun mengenakan sekatan terhadap empat hakim ICC lain.
01:19Tahun lalu, hakim ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, bekas Menteri Pertahanan Yov Galen serta pemimpin Hamas Ibrahim Al-Masri atas seteluruhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dalam konflik Gaza.
01:33Selain Israel, ICC turut menjalankan siasatan di Sudan, Myanmar, Filipina dan Venezuela.
01:39Sementara itu, dalam satu kenyataan, ICC menyeru negara anggota supaya berdiri teguh mempertahankan institusi tersebut.