00:00Sementara itu, jumlah korban rakyat Palestine di semenanjung Gaza meningkat kepada 62,122 orang dengan 156,758 lagi cedera sejak konflik antara Hamas dan Israel tercetus pada 7 Oktober 2023.
00:16Menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Rabu, 10,576 orang terkorban dan 44,717 lagi cedera sejak Israel menyambung semula operasi ketenteraan di Gaza pada 18 Mac.
00:31Dalam tempoh 24 jam lalu, serangan Israel mengakibatkan 58 rakyat Palestine terbunuh dan 185 lagi cedera di semenanjung Gaza.
00:40Daripada jumlah itu, 22 orang terbunuh dan 49 cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan menurut kenyataan tersebut.
00:48Dalam tempoh sama, 3 lagi orang dewasa dilaporkan meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan di wilayah itu.
00:56Setakat ini, jumlah korban akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan di semenanjung Gaza meningkat kepada 269 orang termasuk 112 kanak-kanak.
01:10Terima kasih telah menonton!