Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
KLIA berjaya laksanakan operasi pelepasan serentak di tiga landasan selari, tingkatkan kecekapan trafik udara Malaysia dan melebihi piawaian global dengan 86.54% kecekapan pelepasan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA berjaya mencapai kecekapan pelepasan selaras dengan piawayan global selepas pelaksanaan penambahbaikan ruang udara, pencapaian penting dalam keupayaan pengurusan trafik udara Malaysia.
00:15Pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia CAAM berkata pihaknya berjaya melaksanakan simultaneous independent parallel departure operations atau operasi berlepas serentak secara bebas di landasan selari dalam sistem 3 landasan KLIA menandakan era baru dalam kecemelangan operasi.
00:35Dalam kenyataan pada Rabu, CAAM memaklumkan operasi ini membolehkan pesawat berlepas secara serentak dari beberapa landasan berasingan yang selari.
00:45Ini sekaligus membolehkan 3 pesawat berlepas pada masa sama di KLIA melalui 3 landasan selari tanpa perlu menunggu giliran antara satu sama lain.
00:54Prosedur ini direka dengan piawayan pemisahan yang ketat serta sistem pengurusan trafik udara yang canggih bagi memastikan tahap keselamatan tertinggi disamping mengurangkan kelewatan, mengoptimumkan aliran trafik dan meningkatkan jumlah kapasiti pelepasan.
01:07Menurut pihak berkuasa penerbangan itu, inisiatif berkenaan dibangunkan berdasarkan kejayaan terdahulu simultaneous independent parallel approach operations based SIPA on flight direction atau operasi pendekatan mendarat secara serentak dan bebas di landasan selari berdasarkan arah penerbangan yang mula diperkenalkan pada Oktober 2024.
01:25CAM berkata kedua-dua penambahbaikan ini bertujuan memperkemas laluan ketibaan dan pelepasan pesawat di kawasan olah gerak terminal TMA Kuala Lumpur iaitu hak penting bagi operasi ruang udara Malaysia dan serantau.
01:39Menurut kenyataan itu, berdasarkan data prestasi ruang udara yang dikumpul pada Mei 2025, KLIA mencatatkan kecekapan laluan pelepasan sebanyak 86.54% melebihi penanda aras global iaitu 86.34%.
01:52Walaupun jumlah trafik udara meningkat sebanyak 15% sejak Oktober 2024, lapangan terbang itu turut merekodkan peningkatan kecekapan laluan ketibaan sebanyak 1.34% katanya.

Recommended