Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Malaysia tekad memperkukuh integrasi serantau dan daya tahan ekonomi ASEAN melalui Kepengerusian 2025, dengan fokus kepada inovasi digital, kemampanan dan keterangkuman.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia melihat ASEAN sebagai rantau berpotensi besar yang belum dimanfaatkan sepenuhnya dan bersedia untuk menjadi pemacu pertumbuhan dan daya tahan yang dinamik dalam keadaan ketidaktentuan global.
00:12Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI, Masura Ahmad Mustafa, ASEAN bukan sahaja sebagai pasaran besar,
00:22malah merupakan sumber inovasi, kreativiti dan tenaga dengan jumlah penduduk menghampiri 700 juta orang dan hampir satu per tiga daripadanya adalah golongan belia.
00:34Jelasnya kelebihan demografi yang dimiliki berserta kelas pengguna yang berkembang pesat, peningkatan kesaring hubungan dan penerimaan digital yang semakin pantas memberikan ASEAN kelebihan yang tersendiri.
00:45Jika dipupuk berdasarkan prinsip kemampanan dan keterangkuman, kekuatan ini bukan sahaja akan memperteguh pertumbuhan rantau, malah akan meletakkan ASEAN untuk berperanan membentuk masa depan ekonomi global.
00:56Beliau berkata demikian pada majlis mahkamah malam mesyuarat pegawai-pegawai kanan ekonomi ASEAN ketiga, SOM 356 dan mesyuarat berkaitan Malam Rabu.
01:03Mastura berkata melalui Kepengerusian ASEAN, Malaysia sedang berusaha untuk memperdalam integrasi serantau, mengukuhkan dari tahan rantaian bekalan, merangsang pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab serta memajukan inovasi digital.
01:17Sementara itu, Miti dalam kenyataan berasingan berkata, perbincangan utama dalam SOM 356 menumpukan kepada keberhasilan utama ekonomi Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN 2025.
01:33Menteri Ekonomi ASEAN. Selain itu, terut dibincangkan adalah pelaksanaan perjanjian ASEAN, kemajuan perjanjian rangka kerja ekonomi digital dan agenda kemampanan ASEAN termasuk kenutralan karbon, ekonomi kitaran dan grid tenaga ASEAN.
01:47Miti berperanan sebagai tuan rumah kepada SOM 356 dan mesyuarat berkaitan bermula 18 hingga 23 Ogos di Kuala Lumpur.

Recommended