00:00Sementara itu, Datuk Suri Haji Ji berkata kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang belum pernah berlaku sebelum ini
00:07untuk membantu pelajar di bawah agenda pembangunan Halatuju Sabah Maju Jaya SMJ.
00:12Katanya ia melibatkan perbelanjaan RM1.3 bilion.
00:16Haji Ji berkata malah beasiswa negeri yang diagihkan kepada pelajar tahun ini juga telah meningkat kepada RM138 juta berbanding kira-kira RM50 juta sebelum ini.
00:28Namun jumlah ini masih belum mencukupi dan beliau telah meminta situsaha kerajaan negeri untuk menambah peruntukan tahun depan
00:35supaya lebih ramai pelajar Sabah yang cemerlang dapat menikmati bantuan tersebut.
00:41Haji Ji berkata kerajaan negeri juga menyediakan bantuan tunai RM200 kepada kira-kira RM40,000 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM setiap tahun.
00:52Beliau memberi jaminan pembangunan model insan dan pendidikan akan terus menjadi keutamaan utama kerajaan negeri masa kini.