00:00Seribu kapal flotila ke Gaza yang dijadual belayar awal September ini dijangka memberi tekanan besar kepada Israel dan berpotensi memecahkan kepungan yang berlarutan lebih 18 tahun.
00:12Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM, Muhammad Azmi Abdul Hamid berharap inisiatif global ini mampu menamatkan sekatan serta membuka laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
00:24Muhammad Azmi berkata misi kali ini digerakkan melalui gabungan sumut Nusantara bersama rangkaian antarabangsa dari Eropah yang kini dikenali sebagai sumut internasional.
00:37Kita dapati bahawa potensinya ada. Pertamanya kerana ini akan memberi gambaran dan tekanan kuat kepada Israel.
00:47Kalau sampai seribu kapal, itu bermakna mereka akan terpaksa berfikir banyak kalau mereka mahu melakukan apa yang telah dilakukan sebelumnya iaitu mereka serang, mereka ambil kapal, mereka penjarakan delegasi, kemudian berhantar balik dan sebagainya. Itu kita dia tahu.
01:04Muhammad Azmi berkata demikian ketika ditemui Esrawani di Parlimen pada Khamis.
01:11Beliau menegaskan potensi misi tersebut jauh lebih besar berbanding sekadar penghantaran bantuan kemanusiaan.
01:16MAPI menyasarkan bantuan bernilai antara 10 hingga 20 juta dolar mereka meliputi makanan, pakaian dan perubatan untuk disalurkan ke Gaza.
01:28Namun jelasnya, mesis utama Flotila kali ini adalah mecahkan kepengahan Israel telah menjerut lebih 2 juta penduduk Gaza sejak hampir 2 dekad lalu.
01:38Konvoi darat 1,000 Flotila berlangsung bermula 22 hingga 24 Ogos dengan pelbagai program solidariti di Dataran Merdeka sebelum dilancarkan Perdana Menteri pada 24 Ogos.
01:52Kapal pertama berlepas dari Spanyol 31 Ogos disusuli konvoi kedua dari Tunisia 4 September.