• 1 year ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa segan apabila Malaysia terpaksa mempamerkan kapal perang lama dari tahun 1976 semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) kerana ketiadaan aset baharu.

Beliau berkata, ia menjadi bahan sindiran antarabangsa dan mencerminkan kelemahan dalam sistem perolehan pertahanan negara walaupun kerajaan membelanjakan jumlah besar untuk sektor itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perana Menteri Datuk Suryano Ibrahim berasa segan apabila Malaysia terpaksa mempamirkan kapal perang lama dari tahun 1976 semasa pameran maritim dan aeroangkasa antarabangsa Langkawi V kerana ketiadaan aset baru.
00:15Beliau berkata ia menjadi bahan sindiran antarabangsa dan mencerminkan kelemahan dalam sistem perolehan pertahanan negara walaupun kerajaan membelanjakan jumlah besar untuk sektor itu.
00:30Tetapi orang kena tidak ada kapal yang boleh dipamerkan terpaksa dimasukkan kapal tahun 1976 kecil sekali, bunyi, bergerak dengan perlahan dan saya salut kepada anak-anak kapal dengan semangat
00:54Dia tahu duduk kapal tapi dengan semangat pengorbanannya, dengan disiplin dia, itu saya bangga.
01:02Tapi tengok kapal tahun 1976.
01:04Saya di 1976 itu saya masih istirahat di Kemunting.
01:07Kerana sebagai negara yang mencatat pembangunan dan pertumbuhan yang membanggakan, perolehan kita sangat lemah walaupun belanja tinggi.
01:17Tetapi, sampai kita tahu baik LCS dan lain-lain, kapal tak sampai. Jadi, jadi bahan lucuan bertahun-tahun.
01:28Tegas Anwar, kerajaan tidak boleh lagi mengulangi kesilapan lalu, sebaliknya memastikan perolehan pertahanan lebih telus dan bebas daripada amalan rasuah.
01:38Kerajaan kini memberi tumpuan kepada rundingan perolehan secara kerajaan dengan kerajaan G2G bagi mengelakkan kos melambung akibat campur tangan ejen.
01:46Dalam masa sama, Perdana Menteri turut menyatakan sokongan kepada syurikat tempatan Mildef yang kini berupaya mengeluarkan kereta perisai sehingga menarik minat negara jiran seperti Indonesia.

Recommended