00:00Polis Melaka sedang menyiasat dawaan seorang kanak-kanak lelaki bahawa dirinya cuba diculik seorang lelaki bertopeng yang menaiki van putih ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Payah Ikan pada 15 Ogos lepas.
00:13Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata laporan itu dibuat pada hari sama kejadian didakwa berlaku membabitkan murid sekolah rendah berusia 12 tahun itu.
00:23Bagaimanapun kejadian tidak berlaku di sekolah seperti yang tular di media sosial, sebaliknya berlaku ketika mangsa yang berbasikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kedai.
00:35Beliau berkata setakat ini sasatan mendapati tiada cubaan culik terhadap kanak-kanak itu dan orang di dalam van yang didakwa pula tidak menegur murid lelaki tersebut.
00:43Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengundang kegusaran masyarakat khususnya ibu bapa.
00:49Terdahulu, tular di media sosial termasuk WhatsApp kes cubaan culik seorang murid sekolah rendah di Jalan Datuk Palembang oleh seorang lelaki bertopeng dan menaiki van putih.
01:00Kanak-kanak itu dilaporkan berjaya meloloskan diri dan memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum laporan polis dibuat.
01:06Terima kasih telah menonton!