00:00Kerajaan wajar mempertimbang menyediakan dana khas kepada kumpulan pendaki atau pengiat aktiviti luar bagi menarik lebih ramai penyertaan, terutamanya generasi muda.
00:11Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar berkata, sokongan daripada kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pendakian dan rekerasi luar.
00:24Ada banyak tempat yang sangat istimewa di Malaysia ini. Malaysia ini mempunyai potensi untuk pendakian, untuk trekking dan sebagainya yang sangat istimewa.
00:39Bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tetapi juga di Sabah dan Sarawak.
00:42Saya cuba berharap bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan akan melihat, akan cuba melihat kegiatan ini sebagai satu kegiatan yang serius dan perlu dibantu.
00:57Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra dan apresiasi ekspedisi Transiti Wangsa V6 bersama komuniti pendaki dan pengiat aktiviti luar di kediamannya di Petaling Jaya pada Sabtu.
01:09Program itu turut mengangkat kejayaan pasukan ekspedisi Transiti Wangsa V6 yang menamatkan pendakian merentas panjaran utama negara sejauh 696 km dalam tempoh 65 hari Jun lalu.
01:20Hadir sama Dato' M. Maghidran, pendaki Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Everest serta Muhammad Nur Amin, penulis buku Jejak ke Puncak.
01:30Ekspedisi Transiti Wangsa V6 bermula di Gunung Basar Jeli dan berakhir di Menara Jam Bukit Faisa melibatkan 28 peserta termasuk Malim Gunung Perhutanan MGP dengan 20 daripadanya berjaya menamatkan pendakian.