• 1 year ago
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 25 Ogos di Jeddah, Arab Saudi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan akan menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam OIC pada 25 Ogos di Jeddah Arab Saudi.
00:12Mesyuarat tergempar itu diadakan bagi membincangkan rancangan Israel untuk mengambil alih sepenuhnya wilayah Semenanjung Gaza secara paksa dan visi peluasan wilayah Greater Israel yang melanggar perundangan antarabangsa.
00:26Menurut Wisma Putra, agenda mesyuarat itu juga akan menyentuh rancangan Israel untuk membina ribuan pendepatan haram di kawasan I-1 antara Baitul Mukadis dan Malik Adumim di wilayah Palestine yang diduduki.
00:41Semasa mesyuarat itu, Muhammad juga akan bertemu dengan rakan sejawatnya untuk membincangkan usaha bersama bagi menamatkan kesengsaraan penduduk Palestine di Gaza yang diakibatkan oleh sekatan bantuan kemanusiaan berterusan oleh rejim Zionis Israel.
00:57United Kingdom, Australia dan Jepun antara 21 negara yang mengutuk rancangan Israel untuk membina pendepatan haram kontroversi di tebing barat yang diduduki.
01:08OIC mengecam sekeras-kerasnya rancangan Israel itu, menyifatkannya sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa dan memberi amaran bahawa ia mengancam penyelesaian dua negara serta membawa kepada pengilahkan secara de facto.
01:24Terima kasih telah menonton!

Recommended