00:00Malaysia dan Filipina komited untuk bersama-sama memperkukuh hubungan dua hala serta mengeratkan kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN.
00:10Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Suryano Ibrahim berkata komitmen itu antara aspek yang disentuh dalam perbualan telefon beliau dengan Presiden Filipina, Ferdinand Remodel Marcos Jr.
00:24Katanya mereka juga menyentuh isu keselamatan serantau, pembangunan ekonomi serta keperluan memperkukuh perpaduan dan kesepaduan ASEAN dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.
00:37Beliau berkata perbincangan turut terkait perkembangan konflik Thailand ke Boja dan usaha-usaha bersama yang perlu dilakukan demi menjamin keamanan dan kestabilan serantau.
00:48Sebelum ini, kedua-dua pemimpin menerusi perbualan telefon pada Ogos membincangkan kerjasama strategik dengan Anwar menekankan aspek keamanan dan keharmonian di perairan antarabangsa serta sempadan.
01:01Terima kasih telah menonton!