00:00Tuan Yang Di-Pertua, untuk makluman yang berhormat, projek Aerotrain di Terminal 1 lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA
00:08telah siap sepenuhnya pada 30 Jun 2025 dan mula beroperasi pada 1 Julai 2025.
00:17Projek tersebut kini sedang berada dalam tempoh liability kececatan bagi tempoh 2 tahun.
00:22Buat masa ini, sistem mekanikal dan semboyan, yakni signalling, bagi Aerotrain sedang melalui fasa penyesuaian awal
00:31ke arah mencapai kestabilan penuh dalam operasi.
00:36Dalam hubungan ini, pihak MHB senantiasa bekerjasama dengan pihak pengeluar iaitu LSTOM
00:41untuk senantiasa bersedia mengambil tindakan secepat mungkin bagi memastikan kelancaran operasi.
00:48Untuk makluman yang berhormat juga, ketersediaan perkhidmatan operasi Aerotrain
00:54atau Operational Service Availability, yakni uptime pada keseluruhannya sejak operasi bermula
01:01sehingga 8 Oktober tahun 2025 adalah pada tahap 99.19%.
01:09Kestabilan semakin baik dapat diperhatikan di mana Aerotrain telah merekodkan
01:15ketersediaan perkhidmatan operasi sebanyak 100% dalam minggu-minggu terkini
01:21iaitu minggu 13, iaitu 28 September hingga 3 Oktober dan minggu 14, 5 hingga 10 Oktober tahun 2025.
01:32Sehingga 8 Oktober 2025, Aerotrain baharu ini telah menggerakkan seramai 5.33 juta penumpang
01:42dan merekodkan perjalanan melebihi 39,942 km.
01:49Pihak MHB senantiasa komited dalam melakukan penambahbaikan
01:53untuk memastikan perkhidmatan Aerotrain dapat berjalan dengan lancar.
02:00MHB juga senantiasa memantau dengan rapat perkhidmatan Aerotrain
02:04agar senantiasa berada dalam keadaan yang optimum
02:07dan akan memberikan tindak balas segera jika terdapat sebarang permasalahan.
02:14Tadi ada juga ditanyakan punca-punca itu.
02:17Jadi secara umumnya dah ada sejak 2 Julai hingga 30 September
02:23ada 19 kali lah ada ke apa nama ada permasalahan punca-puncanya
02:28berkaitan dengan signalling dan juga ada juga yang disebabkan oleh penumpang sendiri
02:34yang buka force open the door.
02:37Macam-macam lah permasalahan dia ya.
02:38Bukan hanya pasal ini, manusia pun ada.
02:41Sepanjang baru 19 kali inilah ya.
02:44Dan insyaAllah dengan pembaikan yang senantiasa dibuat ini
02:47dan ada pegawai ditempatkan dalam chain itu teknisyen
02:51untuk memastikan sekiranya apa-apa berlaku dapat diteruskan dan dibaikan terus.
02:56Terima kasih.