00:00Baik Ketua Jabatan diberi kuasa mempertimbangkan permohonan bekerja dari rumah BDR bagi pegawai yang tinggal dalam radius 25 km dari pejabat yang terkesan dengan kesesakan aliran trafik bersempena dengan pelaksanaan sidang kemuncak ASEAN pada hujung bulan ini.
00:15Kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam JPA memaklumkan langkah itu selaras dengan inisiatif kerajaan madani telah mengutamakan takbir urus berdaya tahan dan prihatin serta selari dengan nilai teras madani seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.
00:31Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan Ketua Jabatan Masing-Masing untuk pertimbangan sewajarnya.
00:39Menurut JPA, pelaksanaan dasar ini perlu berpandukan tata cara dan syarat yang telah digariskan dalam peraturan yang berkuat kuasa.
00:47Sidang kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini di Kuala Lumpur dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah penganjuran kumpulan serantau itu.
00:59Menurut JPA, dasar BDR bagi pegawai awam akan terus dilaksanakan secara fleksibel tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa.