00:00Naib Presiden AS J.D. Vance berkata walaupun Washington memainkan peranan penting dalam mengusahakan perjanjian gencatan senjata Gaza yang baru, negara itu tidak berhasrat untuk mengerahkan anggota tenteranya ke Gaza atau Israel.
00:14Vance yang ditemui bual dengan NBC berkata Amerika Syarikat sudah mempunyai markas pemerintah pusat iaitu CENCOM yang meliputi rantau Asia Barat di mana mereka akan memantau pelaksanaan syarat gencatan senjata dan memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan.
00:31Beliau berkata banyak negara majoriti Islam telah menawarkan untuk menghantar tentera ke wilayah itu bagi membantu menjamin keselamatan Gaza sambil menambah bahawa kehadiran tentera Amerika tidak diperlukan.
00:42Menurut Vance, beliau percaya bahawa perjanjian gencatan senjata itu telah menamatkan perang di Gaza namun menegaskan bahawa banyak lagi hal yang perlu dilakukan bagi memastikan ia berkekalan.
00:53Tambahnya menjelang tarikh akhir pada Isnin, baki tawanan Israel di Gaza boleh dibebaskan pada bulan-bulan masa dari sekarang.
00:58Ujar beliau 20 tawanan yang masih hidup dijangka dibebaskan dalam tempoh 24 jam akan datang.
01:03Bulan lalu, Trump mengumumkan pelan gencatan senjata 20 perkara untuk Gaza yang merangkumi pembebasan semua tawanan Israel sebagai pertukaran bagi kira-kira 2,000 tahanan Palestine, gencatan senjata kekal serta pengunduran berperingkat tentera Israel dari seluruh semenanjung Gaza.
01:18Sementara itu, pembentukan pasukan keselamatan dijangka dibincangkan semasa sidang kemuncak di Mesir memandangkan negara-negara Arab mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB, menetapkan mandatnya.
01:30Di sebalik penentangan Israel yang mendakwa langkah itu akan menghadkan kebebasan tindakan ketenteraannya.
01:35Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan lebih 67,600 rakyat Palestine di wilayah berkenaan.
01:42Kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sekaligus menjadikan Gaza hampir tidak dapat didiami.
01:48Terima kasih.