00:00Walaupun kejahatan senjata antara Israel dan Hamas telah memasuki fasa awal, hospital-hospital di Gaza masih belum menerima sebarang bantuan kemanusiaan menyebabkan sistem kesihatan terus lumpuh di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang berpanjangan.
00:16Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO beri amaran sistem kesihatan Gaza hampir untuh dengan lebih 28 serangan ke atas fasiliti kesihatan direkodkan dan operasi hospital utama terhenti sepenuhnya.
00:27Menurut laporan Agensi Bantuan Antarabangsa, penghantaran bantuan termasuk beobatan, bahan api dan peralatan perubatan masih tersekat disepadat, terutamanya di laluan Rafah dan Kerem Shalom akibat pemeriksaan ketat oleh pihak berkuasa Israel.
00:42Walaupun lebih 600 trak bantuan dijangka memasuki Gaza setiap hari di bawah perjanjian gencatan senjata, hospital-hospital utama seperti Hospital Kamal Adwan dan Hospital Indonesia dilaporkan telah menghentikan operasi sepenuhnya kerana kekurangan bekalan asas.
00:56Doktor dan petugas kesihatan kini bergelut untuk merawat pesakit dengan sumber yang amat terhad, termasuk bekalan elektrik dan air bersih yang hampir tiada.
01:04WHO memaklumkan sistem kesihatan Gaza berada di ambal kehancuran dengan lebih 28 serangan ke atas fasiliti kesihatan direkodkan dalam tempoh terkini.
01:13Keadaan ini menimbulkan kebimbangan global terhadap keberkesanan pelaksanaan gencatan senjata dan keperluan mendesak untuk memastikan akses bantuan kemanusiaan yang selamat dan berterusan ke wilayah yang terjejas.
01:24Terima kasih.