00:00Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menggesa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
00:04memainkan peranan sebagai pendamai bagi menamatkan perang di Ukraine
00:08sama seperti usahanya mengakhiri konflik di Asia Barat.
00:12Gesaan itu disampaikan menerusi panggilan telefon
00:14di mana Zelensky menyatakan keyakinannya jika Trump mampu menghentikan satu peperangan,
00:20peperangan lain juga boleh dihentikan.
00:23Panggilan itu berlangsung sehari selepas Rusia melancarkan serangan besar-besaran
00:27terhadap rangkaian tenaga Ukraine menyebabkan gangguan bekalan elektrik
00:31di sebagian ibu negara Kyiv dan sembilan wilayah lain.
00:35Usaha diplomatik untuk menamatkan pencerobohan Rusia dilihat semakin perlahan
00:39beberapa bulan kebelakangan ini.
00:41Sebahagiannya disebabkan tumpuan global yang kini beralih kepada perang Israel-Hamas
00:45yang memasuki tahun kedua.
00:48Trump sebelum ini mengumumkan fasa pertama perjanjian gencatan sejata
00:51antara Israel dan Hamas pada Rabu lalu
00:54namun percubaannya untuk mendapatkan persetujuan damai dengan Presiden Rusia
00:58Vladimir Putin dalam pertemuan Ogos selalu tidak membuahkan hasil.
01:02Sementara itu, Zelensky dalam statusnya di Facebook
01:05turut sambil mengucapkan tahniah kepada Trump
01:07atas rancangan gencatan sejata cemberlangnya di Asia Barat.
01:11Beliau menyeru agar Trump menggunakan pengaruhnya
01:13untuk menekan Kremlin supaya memulakan runingan.
01:17Hubungan antara kedua-dua pemimpin itu dilaporkan semakin baik
01:20sejak Februari lalu selepas mereka sebelum ini berselisih pendapat
01:24dalam satu pertemuan yang menjadi tular di White House.