00:00Kementerian Dalam Negeri sedang memperkukuh keupayaan anggota agensi penguatkuasaan Mariti Malaysia dengan penambahan anggota serta mempertingkatkan latihan teknikal selaras dengan keluasan zon Mariti Malaysia yang hampir dua kali ganda kawasan daratan negara.
00:14Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Syamsul Anwar Nasarah berkata langkah ini perlu bagi memastikan operasi Mariti Malaysia berjalan dengan lancar.
00:22Sehingga kini terdapat sebanyak 543 kekosongan jawatan dan dari masa ke semasa APMM telah mengumpulkan permohonan secara resmi kepada JPA untuk mengisi kekosongan tersebut.
00:40Langkah ini kita perlu ambil bagi memastikan operasi APMM berjalan lancar dan berkesan bagi mantau dan mengawal perayaan negara yang begitu besar.
00:50Kekosongan jawatan ini untuk malamai hormat, dia merangkumi pelbagai tegeri termasuklah pegawai kuasa, pegawai kanan, sokongan dan sebagainya.
01:01Mariti Malaysia turut menekankan pengurusan aset melalui EKPI untuk menilai keberkesanan aset baharu termasuk tahap kesiapsiagaan, bilangan rondaan, tindak balas terhadap insiden serta jangkauan rondaan di kawasan strategik dan zon ekonomi eksklusif.
01:16Agensi ini juga bakal menerima pelbagai aset baharu seperti kapal peronda pesisir Bendahara, kapal peronda luar pesisir, helikopter AW189, kapal pelbagai guna, bot pemintas, RHIB dan bot generasi baharu bagi memperkukuh kawalan keselamatan maritim.
01:34Gabungan aset permukaan dan udara ini membolehkan mariti Malaysia melaksanakan rondaan jarak jauh, operasi pantas serta pemantauan udara lebih meluas.
01:43Keupayaan operasi turut diperkukuh melalui kerjasama dengan ATM, PDRM, Jabatan Perikanan, pihak pelabuhan dan agensi lain bagi perkongsian maklumat risikan dan operasi bersepadu.
01:55Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan di Dewan Rakyat pada Isnin.