00:00Pusat Penyelidikan dan Pembangunan R&D Kunaan Negara MIMOS Berhad di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi MOSTI
00:09yang berbaik komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2026 yang memberi tumpuan terhadap inovasi, kedaulatan teknologi, transformasi digital serta pembangunan bakat tempatan.
00:19Presiden dan Ketua Pembangunan Ezeketif Kepulauan MIMOS, Saad Syukri Embung berkata, langkah ini disifatkan sebagai dorongan yang penting untuk menjadikan Malaysia ekonomi berasaskan inovasi yang mampan dan inklusif.
00:34Menurutnya peningkatan peruntukan dan pelaburan strategik dalam kepintaran buatan AI, semi-konduktor, teknologi hijau serta digital mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara dipacu teknologi.
00:45Beliau menambah inisiatif seperti MIMOS Teknologi Preview 2025, sempena ulang tahun ke-40 agensi itu telah mempamerkan lebih 25 teknologi tempatan dalam bidang semi-konduktor, elektronik termaju, AI, inovasi hijau dan kecerdasan kuantum selari dengan hala tujuh belanjawan 2026.
01:04Ketua Turus Kumpulan MIMOS, Nur Azmi A. Majid berkata, dengan 7.9 bilion ringgit diperuntukkan untuk TVET dan 3 bilion ringgit melalui HRD Corp,
01:14MIMOS yakin belanjawan 2026 ini mampu membangunkan bakat untuk menjana ekonomi berasaskan inovasi serta memperluas peluang kepada rakyat Malaysia untuk menguasai kemahiran digital dan teknologi masa hadapan yang akan memacu inovasi serta meningkatkan daya saing negara.
01:30MIMOS akan terus berperanan sebagai pemangkin strategik dalam bidang teknologi termaju, dasar inovasi dan pembangunan bakat dengan bekerjasama rapat bersama MOSTI dan pelbagai pihak berkepentingan nasional untuk memacu masa depan yang diperkasa inovasi dan teknologi.