Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyalurkan peruntukan RM250,000 di bawah Dana Promosi dan Penyertaan Antarabangsa (DPPA) bagi menyokong penyertaan penerbit tempatan dalam ASEAN Film dan TV Summit (AFTS) 2025 hujung bulan ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perbadanan Kemajuan Film Nasional Malaysia, FINAS, memperuntukkan Dana Promosi dan Penyertaan Antarabangsa atau DPPA berjumlah RM250,000 kepada penerbit tempatan sempena ASEAN Film dan TV Summit AFDS 2025.
00:18Inisiatif itu memberi peluang kepada penerbit tempatan menggunakan dana berkenaan untuk menampung kos penyertaan sesi pitching dan pembentangan projek di luar negara.
00:30Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato' Azmir Saifuddin Muttalib berkata dana itu disalurkan kepada lima penerbit terbaik bagi menggalakkan kerjasama penerbitan bersama atau co-production antara pemain industri kreatif di Asia Tenggara.
00:46Kita beri laluan green lane untuk mereka dapat DPPA ini.
00:49Kerjasama DPPA ini dia tertakluk kepada perbelanjaan mereka. Contohlah kalau mereka pergi ke next event mungkin di Hong Kong Film Market, Hong Kong Film Market pada bulan 2 nanti, selanjutnya perbelanjaan dalam satu kumpulan mereka boleh belanja lebih kurang RM30,000-RM40,000.
01:09Dia punya flat ticket, accommodation dan dia punya penyertaan dalam market tersebut.
01:14AFTS 2025 yang dianjurkan bersama Persatuan Penebrik Televisyen Malaysia PTVM dan Majlis Belia Malaysia MBM dijangka menghipunkan lebih 300 penggiat seni serantau termasuk penyiar dan penggiat kandungan digital dari sembilan negara ASEAN.
01:32Dato' Azmir berkata sebanyak 43 produksi tempatan telah menyatakan penyertaan ke sesi picing yang bakal berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober ini dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hub utama industri kreatif serantau.
01:48AFTS siri kedua itu akan berlangsung hujung bulan ini.
01:51Terima kasih kerana menonton!

Recommended