Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.

Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan Tinggi Kpt
00:30Menerusi kenyataan pada selasa, Kpt meminta pihak institusi pendidikan tinggi terlibat khususnya di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk membuat semakan lokasi, masa serta tarikh laluan yang ditutup dari 26 hingga 28 Oktober ini.
00:47Menurut Kpt, langkah itu bagi menentukan keperluan PDP secara dalam talian untuk memastikan warga IPT tidak terkesan dengan penutupan jalan berkenaan.
00:57Kpt turut menasihati pelajar serta warga IPT yang terkesan untuk berhubung dengan IPT masing-masing bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.
01:07Bersempena dengan Sidang Kemunca ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini, 6 Leburaya dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Kelang akan dilencongkan secara berperingkat.
01:48Sidang Kemunca ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini merupakan kemuncak kepada kepengurusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 yang membawa tema keterangkuman dan kemampanan.
02:01Kehadiran Presiden Rusia Vladimir Putin ke Sidang Kemunca ASEAN ke-47 akan diketahui hari ini.
02:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, Rusia hanya mengesahkan kehadiran timbalan Perdana Menterinya.
02:17Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata-kata
02:47Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan Kementerian Haji dan Umrah untuk menurunkan kos haji serta memindikkan tempoh menunggu jemaah daripada purata 40 tahun kepada hanya 26 tahun.
03:00Arahan itu dikeluarkan semasa sidang Kabinet Paripurna yang dipengerusikan Prabowo di Istana Negara Jakarta pada Isnin bersempena setahun pentadbiran beliau.
03:09Prabowo menegaskan langkah itu boleh dilaksanakan melalui penjimatan kos dan pengurusan yang cekap serta telus.
03:20Beliau berkata Menteri Haji sedang berada di Arab Saudi untuk berbincang dengan pihak berkenaan dan menegaskan penurunan kos perlu dilaksanakan secara menyeluruh.
03:28Presiden Indonesia itu turut menjelaskan bahawa penubuhan Kementerian Haji dan Umrah merupakan tindakan strategik bagi meningkatkan takdir urus setelah urusan tersebut sebelum ini dikendalikan oleh badan penyelenggara haji.
03:42Katanya penubuhan Kementerian itu juga atas permintaan Kerajaan Arab Saudi yang menegaskan urusan rasmi perlu dikendalikan pegawai bertaraf menteri.
03:50Dalam ucapannya, Prabowo turut mendedahkan bahawa Arab Saudi buat pertama kali membenarkan negara asing membeli tanah di Tanah Suci, membuka peluang kepada Indonesia untuk melaksanakan projek Kampung Indonesia di Kota Mekah.
04:04Dia menyatakan beberapa tapak strategik berhampiran Masjidil Haram telah ditawarkan, namun pembelian akan dilakukan melalui proses tender terbuka yang turut disertai sekurang-kurangnya 90 entiti lain.
04:15Langkah itu dilihat sebagai usaha untuk memperkukuh hubungan Indonesia-Arab Saudi dan meningkatkan kemudahan bagi jemaah haji pada masa hadapan.
04:27Bekas naib Presiden Indonesia, Yusof Kala menyifatkan peradaban Islam di Indonesia, Malaysia dan Brunei sebagai antara yang paling terbuka di dunia,
04:37namun menegaskan bahawa umat Islam di rantau ini masih berdepan cabaran besar dalam aspek ekonomi dan perniagaan.
04:44Menurut beliau, keterbukaan peradaban Islam di Asia Tenggara menjadi contoh kepada dunia terutamanya dalam konteks keharmonian sosial dan pembangunan institusi keagamaan.
04:56Bahwa civilisasi peradaban Islam di Indonesia, di negeri Malaysia, di Brunei, itu jauh lebih terbuka dan sebagainya.
05:11Dan juga tidak semuanya.
05:12Di dunia ini juga seperti itu.
05:18Di Amerika, kepercayaan kepada harga makin menurun, tapi Islam makin naik.
05:25Ada studi yang mengatakan bahwa orang Amerika tinggal 60 persen itu percaya kepada harga makin menurun.
05:38Tapi mungkin dua tahun kemudian belum 40 persen.
05:41Ini satu daunlah.
05:45Saya ketua masjid, majlis masjid di Indonesia.
05:50Dan saya ria bagaimana saya lakukan masjid terus-murus pertama.
05:54Beliau berkata demikian di persidangan dunia mengenai sejarah dan tamadun Islam 2025 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
06:04Tambahnya, perkembangan Islam di dunia barat dibuktikan dengan penambahan pemimpin Islam yang memegang jawatan penting seperti Dato' Bandar London serta mungkin Dato' Bandar New York selepas ini.
06:15Yusof bagaimanapun menyeru umat Islam di Asia Tenggara memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan pengukuhan kedudukan dalam sektor perniagaan bagi memastikan kemajuan peradaban Islam lebih seimbang dan berdaya saing.
06:29Thailand dan Kemboja akan mengadakan sesi khas Ruhanjaya Sempadan Bersama atau JBC di wilayah Chantaburi, Timur Thailand selama dua hari bermula selasa.
06:45Jurucakap Kerajaan Thailand, Siripong Angkasa Kulkiat berkata, mesyuarat itu bertujuan menangani ketegangan di perbatasan serta meningkatkan kerjasama dalam penandaan sempadan dan aspek keselamatan.
06:59Siripong menjelaskan sesi tersebut akan membina kesinambungan daripada perbincangan terdahulu bagi menyelaraskan tindakan dengan jawatan kuasa Am Sempadan atau JBC dan jawatan kuasa Sempadan Wilayah RBC dengan matlamat mengembalikan keamanan dan kestabilan di sepanjang perbatasan.
07:16Objektif utama katanya adalah untuk menyelesaikan isu sempadan Thailand-Kemboja melalui mekanisme dua hala sedia ada termasuk pembinaan pagar sempadan, penyimakan semula terma rujukan 2003 serta penggunaan teknologi LIDAR untuk pemetaan.
07:31Perbincangan juga dijangka menyentuh isu pencerobohan di Bandung Chan dan Bandung Yakyau di wilayah Sakyau.
07:37Siripong menegaskan mesyuarat itu tidak akan menjejaskan hak kedaulatan Thailand, sebaliknya menumpukan penyelesaian melalui jalan aman dan mengikut undang-undang antarabangsa.
07:48Beliau menambah pelaksanaan di peringkat RBC, GBC serta JBC akan dijalankan secara penyelarasan antara Kementerian Luar dan Agensi Keselamatan bagi memastikan manfaat maksimum kepada negara dan rakyat.
07:59Dalam hari itu, jurucakap Kementerian Pertahanan, Laksamana Muda Surasak Kong Siri memaklumkan mesyuarat GBC seterusnya akan diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Oktober dengan penyertaan Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai pemerhati.
08:13Ketegangan di antara kedua-dua negara jiran itu telah memuncak pada akhir Julai sehingga mencetus kontroversi ketenteraan namun berhenti serta-merta selepas perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Malaysia sebagai pengurusi ASEAN pada 28 Julai di Putrajaya.
08:29Menteri Luar Thailand, Syahasak Pong Katkiau akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dari 21 hingga 22 Oktober sempena ulang tahun ke-60 hubungan lipomatik antara kedua-dua negara.
08:43Menurut Kementerian Luar Thailand, MFA, sepanjang lawatan itu, Syahasak dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan, serta melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Lawrence Wong.
08:59Mesyuarat tersebut akan menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama Thailand dan Singapura dalam pelbagai bidang, khususnya perdagangan dan pelaburan dalam sektor bernilai tinggi serta industri masa depan.
09:13Kedua-dua pihak turut dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
09:20Syahasak juga dijadual bertemu wakil sektor swasta Singapura bagi menggalakkan pelaburan yang lebih besar dari Republik itu ke Thailand.
09:27Selain itu, beliau dan Dr. Vivian akan bersama-sama mempengurusikan Program Pertukaran Perkhidmatan Awam ke-15, CSEP.
09:36Menurut MFA, edisi ke-15 program itu akan berlangsung dengan tema Partners in Progress, Shaping a Green and Digital Future yang menekankan komitmen kedua-dua negara terhadap kerjasama kehadapan serta pembangunan dalam sektor baru yang sedang muncul.
09:51CSEP yang dimulakan pada 1997 merupakan rangka kerja dua hala utama di bawah Singapore-Thailand Enhanced Partnership Step dan berperanan sebagai platform bagi penjawat awam kedua-dua negara berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh kerjasama dalam projek berkepentingan bersama.
10:09Dana pampasan negara berjumlah RM13.25 triliun atau bersamaan RM3.38 bilion telah dikembalikan kepada Kerajaan Indonesia hasil kes rasuah kemudahan ekspor minyak sawit mentah dan produk sebahagiannya.
10:28Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyaksikan penyerahan tersebut yang disempurnakan pegawai pendakwa utama negara ST Burhanuddin kepada Menteri Keuangan Purbaya Yudi Sariwa dalam satu majlis di Ibu Pejabat Kejaksaan Agong Republik Indonesia pada Isnin.
10:44Majlis tersebut turut dihadiri Panglima Tentera Nasional Indonesia, General Agus Subianto, Menteri Pertahanan Jafri Samsuddin, Setiusen Negara Prasetyo Hadi serta beberapa pemimpin lain dalam Kabinet Merah Putih.
11:01Prabowo menyifatkan penyerahan dana tersebut sebagai tanda keazaman tinggi kerajaan dalam memperkukuh tabi urus negara dan melaksanakan tindakan tegas terhadap amalan rasuah khususnya dalam sektor strategik yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
11:17Pegawai Undang-Undang Tertinggi Negara Burhanuddin menegaskan tindakan itu memberi isyarat jelas bahawa kerajaan akan memfokus kepada kes yang memberi kerugian besar kepada negara dan menjejaskan industri penting seperti garam, gula dan keluli.
11:31Dana yang dikembalikan itu merupakan sebahagian daripada jumlah kerugian negara sebesar 17 triliun rupiah yang melibatkan syarikat sawit utama termasuk Wilma Group, Musim Mas Group dan Permata Hijau Group.
11:44Daripada jumlah itu, 13.25 triliun rupiah dibayar dalam bentuk tunai manakala baki 4 triliun rupiah ditangguh sebagai cagaran.
11:53Majlis tersebut dilihat sebagai penanda kejayaan politik dan ekonomi kerajaan Prabowo yang menunjukkan komitmen tak diurus bersih melalui pemulihan aset negara dan tindakan tegas terhadap pelaku rasuah.
12:05China menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan Indonesia bagi menjamin operasi berkualiti tinggi projek kereta api laju Jakarta-Bandung yang menjadi mercu tanda pembangunan infrastruktur di Asia Tenggara.
12:20Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun berkata, usaha tersebut akan memaksimumkan peranan projek itu dalam memacu pembangunan ekonomi, sosial serta keterhubungan serantau Indonesia.
12:32Terima kasih telah menonton!
13:02Beliau menambah kerjasama erat antara kerajaan dan syarikat perkenaan telah memberi jaminan kuku terhadap keselamatan dan kestabilan operasi sistem berkelajuan tinggi itu.
13:25Dalam hal itu, beliau menegaskan penilaian projek infrastruktur seperti ini perlu melibatkan bukan sahaja faktor kewangan tetapi juga manfaat awam dan pulangan komprehensif.
13:36Kereta api laju Jakarta-Bandung atau WUSH telah mengurangkan masa perjalanan dari lebih 3 jam kepada hanya 46 minit sekaligus menjadi kereta api laju pertama di Indonesia dan Asia Tenggara.
13:47Sekian ASEAN 25 jam ini, saya Farhan Hakimi, salam hormat.

Recommended