00:00Presiden Malawi Peter Mutarika pada ahad mengumumkan pelaksanaan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah bermula Januari 2026.
00:10Beliau turut memberi jaminan kerajaan sedang memperoleh 200,000 metrik tan jagung dari negara jiran Zambia bagi membantu lebih 4 juta rakyat yang berdepan kekurangan makanan.
00:22Mutarika juga menyifatkan pendidikan sebagai kunci kepada pembangunan negara serta menggesa ibu bapa dan penjaga memastikan setiap kanak-kanak hadir ke sekolah.
00:34Berhubung isu keselamatan makanan, Presiden itu memberi jaminan kepada semua rakyat Malawi yang terjejas akibat kebeluran bahawa segala persiapan telah dibuat.
00:43Mutarika antara lain sangat tegas apabila berbicara soal tata kelola.
00:52Untuk rekod beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden ketujuh negara pada 4 Oktober lalu selepas kemenangan dalam pilihan raya Presiden 16 September.
Comments