Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun disahkan meninggal dunia akibat strok haba selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan di Tanah Putih, Gua Musang pada Isnin.
00:12Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Chun Fu berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.50 minit petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan penemuan kanak-kanak berkenaan.
00:25Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
00:33Katanya, hasil bedah siasat dijalankan pakar patologi forensik mendapati punca kematian kanak-kanak tersebut adalah akibat strok haba.
00:42Kes disiasat di bawah Seksyen 31, Kurungan 1, Kurungan A, Akta Kanak-Kanak 2001 dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut serta masih dalam siasatan.
00:53Sik berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelak kekeliruan dalam masyarakat.
Comments

Recommended